Monday, January 27, 2014

Changes

"The more you avoid change, 
the more you hinder the process of growth 
in your life."





Gempaksher
AI Usher
Philiater

Via mobile phone

Thursday, January 16, 2014

Sekarang: Johor Bahru



Sekarang aku berada di Johor Bahru. Di suatu lokasi.
Beberapa bulan lepas aku dah takda di UiTM Kuala Pilah. Aku merantau ke selatan semenanjung dan study disini. 

Gambar diambil semasa sambutan maulidul rasul peringkat negeri johor di Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru. Pengalaman sambutan Maulidil Rasul di masjid ni seronok, mungkin sebab buat kerja sukarela dan tolong menghidang makanan. Macam2 ragam manusia dapat dilihat, dan memang enjoy. 

Aku semakin hampir dengan minat.
'minat nak kerja di dalam Hospital'
Harap semua akan berjalan lancar. Pengalaman baru yang mungkin menyeronokkan dan mencabar bagi aku. Secara total sangat berbeza dengan pengalaman aku belajar dulu di UiTM. Serius sangat berbeza.

Gempaksher.blogspot.com
Masjid Sultan Abu Bakar, Johor Bahru.



Saturday, December 14, 2013

Sekampung, demi member

Tengah guling2 atas katil aku mengingat balik 2 orang kawan asasi aku yang juga orang sekampung. Seorang dah sambung UM. Seorang lagi dalam proses nak jadi cikgu. Yang jadi cikgu ni mengingatkan aku pasal crush dia masa di asasi. Haha padahal dah ada Awek. Masa sekolah orang panggil dia robot, sebab badan dia tak fleksibel, macam robot lah agaknya haha. Jatuh cinta ni kita tak boleh nak halang... Tapi bergantung bagaimana cara kita mengawalnya tindakan kita kemudiannya. Ini semua melibatkan proses kimia di dalam otak, biarkan. Tak dapat nak halang. Lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki. Sudah lumrah. 

Kitorang bertiga yang sekampung ni kadang2 jalan merayap sama2 outing. Biasalah ada tangkap2 gambar dan upload dlm laman sosial bila dah jejalan merata. 

Entah macam mana beberapa hari kemudian ada request dari kawan aku ni. Dia nak aku berkenalan dengan member awek dia. Err... Aku memang berat nak bagi no. Sebarangan kat orang. Tapi bila member aku tu kata minta tolong demi member. Sbb itu request dari girlprend dia... Aku pun belasah je la. Entah siapa yang nak berkenalan. Kurang nak ambil tahu masa tu sebab aku tahu, semua ini akan berakhir dgn pantas. Choiiiii....

Mula2 msg masuk inbox yg sampai daripada.... Entah. Aku dah lupa nama dia. Aku pun tak ingat aku msg apa. Hahah rasanya aku balas 2-3 message je kot. Member aku tu cuma minta nombor aku bagi pada org tak dikenali itu shj. Itu shj permintaan. Beres.

Aku akan agak... Perempuan tu akan bosan msg aku. Sebabnya aku malas taip msg dan tak pandai nak borak dgn msg2. Aku taip sms pun slowww.. Haha. Perbualan tamat selepas aku balas 2-3 msg. Success! 

Ini perkara biasa nak berkenalan msg2. Sejak2 zaman orang muda dah mula guna henset canggih. Tp bagi aku. Kurang menarik. Sebab ia melibatkan duit nak kena topup. Macam banyak beno duit aku nak topup memanjang. Yeahhh aku takda apa2 yang menarik masa zaman sekolah. Takda kisah cinta remaja. Semuanya dah berlalu. Kalau ada rasa minat kat mana2 perempuan. Cerita Itu simpan2 sendiri je lah buat masa ni. Nak suka lebih2 pun tak mampu lagi. Hanya tuhan yang tahu. WALAWEH! Konklusinya ringkas. Eh. 



Via mobile phone
Playing song : Warwick avenue - Duffy