Wednesday, October 9, 2013

Dah hampir lupa apa yang berlaku beberapa bulan lepas.
Aku di Shah Alam, Pelajar FSKM dan... kosong.
Sekarang ni aku umpama tersedar dari mimpi, setelah apa yang berlaku.
Mimpi yang menakutkan. Kebingungan. Kehidupan belajar yang kosong.

Masuk ke kelas belajar... aku rasa keseorang di dalam ramai-ramai manusia.
Umpama aku tiada rakan kelas.
Aku benci untuk berada di dalam bangunan itu lama-lama.
Setiap langkah aku didalam bangunan itu, hanya berseorangan.
Setiap kali tiba ke kelas, aku rasa suasana berubah menjadi suram. Mengeluh kecewa.
Aku pula menjadi muram... mengelak berinteraksi. Aku tak pasti apa berlaku. aku tak seronok.
Mungkin orang lain boleh nampak mood aku.

        "Asher, kenapa you setiap kali masuk kelas nampak macam sedih je?"

Seorang ini bertanya kepada aku, orangnya kurus kecik, free hair, mata membulat...mungkin dia sedar sesuatu..
disebab aku selalu duduk di kerusi sebarisan dengannya. Dia antara orang yang selalu menegur aku.
Dia seorang yang peka dengan orang. Tapi kadang jadi lurus bendul dan selalu reaksi innocent dalam kelas.
Aku sendiri kadang tertanya macam mana dia boleh buat reaksi spontan dan tidak bersalah. Zzzz

Aku perlu lupakan mereka. Tak perlu cuba diingat lagi...
Masa sekarang dan pada akan datang lebih penting.
Buat masa ini aku perlu restore semua semangat. Tingkatkan self-esteem.
DAN kurangkan berat badan.. wkakakaa~ ini pun masalah jugak.

“The worst part of holding the memories is not the pain. It's the loneliness of it. 
Memories need to be shared.” - The Giver by Lois Lowry

“There is a saying in Tibetan, 'Tragedy should be utilized as a source of strength.'
No matter what sort of difficulties, how painful experience is, if we lose our hope, that's our real disaster.”
- Dalai Lama XIV


-

Tuesday, October 8, 2013

Internet dan remaja : Kemurungan dan Kesunyian?

Sosialisasi Remaja Atas Talian: Implikasi Ke Atas
Program Berasaskan Internet


"Kajian ini menentukan perkaitan penggunaan internet dengan kesejahteraan psikologi dalam kalangan penuntut universiti yang merupakan golongan pengguna internet yang aktif. Seramai 316 responden telah dipilih melalui pensampelan berlapis dan maklumat telah dikumpulkan menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Instrumen yang digunakan ialah Internet Addiction Test,UCLA Loneliness Scale dan Center for Epidemiologic Studies DepressionScale (CES-D) yang telah diubahsuai. Ujian korelasi telah digunakan untuk menentukan perkaitan penggunaan internet dengan kesunyian dan kemurungan. Daripada sampel kajian, 24.1% adalah golongan pelajar yang mengalami masalah kerana terlalu kerap menggunakan internet manakala 75.9% menggunakan internet secara terkawal. Di samping itu, 41.1% pelajar mengalami kemurungan major dan 14.56% pula mengalami kesunyian yang serius. Hasil kajian menunjukkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara penggunaan internet yang terlalu kerap dengan kesunyian (r = 0.22, p ≤ .01) dan kemurungan (r = 0.34, p ≤ .01). Kajian ini memberi implikasi bahawa semakin tinggi penggunaan internet, semakin tinggi tahap kesunyian dan kemurungan remaja. Justeru, peranan bahagian pembangunan Hal Ehwal Pelajar (HEP) dan pihak fakulti adalah penting dalam menggalakkan pelajar terlibat secara aktif dalam aktiviti sosial dan tidak mengasingkan diri dalam dunia maya Internet."

Sumber : Institute Penyelidikan Pembangunan Belia Malaysia

Aku dah lama usha tentang perkara ni... dan banyak jumpa quotes falsafah, kajian dan pandangan.
Sosial dunia maya yang membuatkan kita lebih bersendirian dan sunyi. boleh jadi tidak terkawal JIKA tidak dikawal... bhahaa~
boleh jadi perangkap tanpa sedar kepada diri sendiri. Ini adalah statistik kajian.

Kajian dilakukan seramai 316 pelajar universiti. Anda di peratusan mana?
24.1%?, 75.9%?, 41.1%?, 14.56?

Saturday, October 5, 2013

Meredah biar sampai gelabah.

Tempat dinamakan Batu Kurau.
Pekan cowboy, rilek je.

Yang tak boleh blah aku meredah entah sampai mana kemudian dah gelabah.
Mane idok nye... dah pukul 6.55pm. Sebelah kiri hutan banat, kanan estet kelapa sawit.
Akhirnya aku berpatah balik lepas dah lama aku lalu situ tak jumpa2 pekan. Semuanya hutan tebal. 

Serius hutan tu sangat seram, ditambah dengan sunyi sepi.
Hutan yang memang tebal gila dengan pokok... macam2 bunyi ada.
Beruk memang kompem ada. Risau pulak kalau beruk tu kejar aku.
Aku sendiri hairan aku dah ada kat mana...

Bila balik aku cuba google dan ingat jalan yang aku dah lalu...
Hutan tu dinamakan 'Hutan Rizab Pondok Tanjong'
Patutlah berhutan banat!