Tuesday, February 15, 2011

sorry ler sebab facebook kite kaco kome..


Terime kasih ler sebab kome paham teman.  (group tutor aku)

Macam biase teman bukannye jenis yang chatting tak tentu pasei.
Kalo  teman ade chatting agok merapu tu, kire bukan teman ler..
Tu maknenye… housemate teman atau kawan yang lain tengoh gune facebook teman.
Haha…
Kadang2 teman ni bagi je deme gune.
Aseikan jangan chatting merapu2 ngan budok perempuan group teman sudoh ler…
Group sebeloh kawan teman ni semuenye laki.
 So, ade hajat di hati nak group ngan perempuan jugok.
Sebab tu ler kadang2 facebook teman jadi mangse.
Terutama kawan teman yang sorang lagi tu… :P
Haha…
Group perempuan teman mungkin tak caye kalo teman chatting rupe gitu.
Sebab sebelum ni, teman takkan ler nak chatting ngn deme tak tentu pasei.
Kalo ade hei keje barulah teman tanye dari facebook.
sorry ler, mungkin kawan teman yang chatting tu agok kaco mase study kome…

P/s: Aku kadang2 pendiam. Tapi bukan anti-sosial yer…
kalo ade yg x paham ngan ayat diatas. gi tanye ngan org perak.

Thursday, February 3, 2011

cuti CNY pelajar asasi perlukan bekalan makanan. food~

pelajar diploma dan ijazah dah balik awal sempena cuti tahun baru cina dan pelajar asasi lak cuti agak lambat. asasi hari Khamis baru ada cuti. 
ramai jugak asasi yang balik ke rumah masing2 mase hari rabu lepas kelas dah tamat. masalahnye sekarang, ade yang cakap gerai makan akan ditutup 2 hari masa tahun baru cina. Mart pun tutup jugak. dan semalam(hari rabu) banyak gerai makan dah mula tutup. 
nasib baik ade 2 gerai kat rafflesia bukak(tapi lauk-pauk yg dijual agak sikit). di sebelah malam pulak kt rafflesia ade la makanan goreng2 boleh beli. 
di sebelah Angsana gerai ade 1 buka, tapi tak ambik Order makan. ape kes.? baik tak payah bukak.




ada notis yang ditampal di setiap blok kediaman. aku terbaca notis ni mase tgh tunggu lift.
secara ringkasnya, perkhidmatan Bas UiTM untuk ke fasa2 bandar puncak alam disediakan untuk pelajar yang tidak pulang bercuti. jadual bas dah ditampal sekali. Bas akan ambil pelajar di tempat menunggu bas Angsana dan Raflessia. Bas akan ada setiap 30minit mula dari pukul 9.30pg hingga 10mlm. 




notis ni sebenarnya bagi kemudahan kepada pelajar untuk keluar membeli makan di luar kampus masa cuti tahun baru cina disebabkan banyak gerai tutup dan kedai serbaneka pun ditutup. 
student asasi ade yang tak balik, boleh tahan ramai jugak la.. 
tapi xde la sampai sunyi sgt kat blok A2(blok aku). 
tapi yang pasti, student diploma dan ijazah hampir semua balik ke rumah masing2.




kalau di Kampus UiTM puncak alam, cuma Bas shj jalan untuk keluar dari kampus. 
kalau ade student yg bwk kenderaan sendiri mgkin lebih senang nak keluar. 
so, bagi aku yang xde bawa kenderaan sendiri, cuma bas je yang boleh bawak aku keluar dari kampus. 
kalau nak jalan kaki dari kolej Angsana ke post pengawal pintu masuk utama, 30 minit baru sampai. 
kalau campur skali jalan kaki sampai ke persimpangan keluar kampus ambik masa 45 minit.! Letih seh..!

Notis tu ade beritahu yang 2 gerai makan di Angsana dan 2 gerai makan di rafflesia diarah buka supaya pelajar boleh dapat bekalan makan masa cuti tahun baru cina ni. 
Alhamdullillah... 
kalau tak buka memang kelaparan laa.. 
dah la aku tak balik cuti ni. 
agak risau la kot nnti xde makanan kt puncak alam. takkan la nak makan roti ngn maggi je kot 4 hari...


So, aku planning ngan Syah nak keluar ke fasa2 Bandar Puncak Alam petang ni 
nak jalan-jalan cari makan..!


~Al-kisah~





Wednesday, January 26, 2011

Aku di Grand Dinner Asasi sains

selamat datang kepada pelajar asasi sains. hampir 1200 pelajar hadir.
1 meja 10 orang pelajar. meja aku 5 lelaki, 5 perempuan

  makanan yang dihidangkan agak sikit untuk 10 orang.
tapi boleh laa... 

persembahan oleh pelajar asasi sendiri. ni gambar K-pop dance.
pasang lagu korea ape pon aku xtahu.. dengar je laa...
ade lagi persembahan nyanyian solo dan band.
sebelum dapat perform kat dinner, dorang suma dah lepas audition. 
Tahniah.! korang dah lakukan yang terbaik untuk dinner ni.

ni gambar yang sempat tangkap. xde banyak gambar aku yang boleh dibuat kenangan.

dinner untuk student asasi sains dan kejuruteraan berlansung dalam tarikh yang berlainan. 
disebabkan jumlah keseluruhan asasi di puncak alam boleh mencecah 2800 pelajar. 
kalau jumlah kesemua student asasi mungkin tak cukup untuk dinner kat Shah Alam convention centre.
mengikut kata2 mantan UiTM puncak alam-
"mungkin pelajar terpaksa buat di PWTC ataupun KLCC kalau ramai sangat"

Bas  untuk pelajar ke Shah Alam dari Puncak Alam sebanyak 15 buah Bas UiTM telah disediakan. tahniah kepada Committe yang berjaya menguruskan Grand Dinner asasi sains yang disertai seramai 1200 orang pelajar asasi sains. jumlah yang agak banyak untuk diuruskan oleh pelajar peringkat asasi.
majlis berlansung dengan lancar, walaupun ade dengar masalah teknikal masa performance nyanyian Band.

TERIMA KASIH KEPADA UITM.
kerana sudi memperuntukkan kos yang agak banyak untuk menjayakan Asasi sains Grand Dinner.


~usaha,taqwa,mulia~