Wednesday, March 21, 2018

Buat keputusan itu sebaik-baiknya. Tawakal dan Redha

Rasa nak menulis sesuatu. Waktu dalam hidup murung dulu, hidup terasa bergolak terumbang ambing ni selalu juga lah aku menulis dalam ni, buahkan hasil fikiran ni. Ini sekadar pandangan pengalaman peribadi. Terutama dalam membuat decision. Mungkin sesuatu itu life changing decision. Zaman 2-3 tahun lepas SPM, memang fasa orang muda mengenal hidup

1. Buat keputusan sesuatu, dengan fikir supaya kau tidak akan rasa menyesal pada masa akan datang. Penyesalan dalam hidup ini, ia satu perasaan yang berhantu. Suatu belenggu yang akan ganggu kehidupan kita. Sampai kadang ia akan kacau pemikiran bagaimana kau berinteraksi dengan orang mahupun membuat keputusan pada masa akan datang lagi. Ia boleh jadi dua situasi : samada kau akan menyesal sebab tak lakukan atau ; kau akan menyesal bila lakukan.

2. Buat sesuatu keputusan sebaik-baiknya, Kemudian tetapkan pendirian. Sesuatu keputusan hidup itu, memang ia akan membawa kesan pada kita pada hari akan datang. Tetapi kena ingat, bahawa masa depan adalah sesuatu yang tiada siapa pun tahu. Kita tidak tahu, orang lain di dunia pun tidak tahu apa akan terjadi. Jadi buatlah keputusan dengan berpemikiran, Sesuatu keputusan itu diambil berdasarkan ketetapan pemikiran kita dengan maklumat dan penilaian kita pada masa itu. Pada masa sekarang kita cuma nampak "pattern" bagaimana dengan sesuatu keputusan dan bagaimana kemungkinan hasilnya.

Pada masa akan datang biasa kau akan muncul pemikiran begini :
"Kalaulah masa dulu aku sambung belajar kat sana, Mesti lagi baik, dah boleh kerja bagus"

Kau tak boleh buat konklusi begini. Sebabnya seperti aku katakan. Masa depan adalah sesuatu yang tiada sesiapa pun tahu. Jika ambil keputusan "A", belum tentu juga kau akan dapat sesuatu seperti mana yang kau fikirkan.

Dan, Ketetapan pendirian. Seperti aku kata tadi. Keputusan yang kau buat pada hari tersebut, adalah berdasarkan apa maklumat, pandangan, dan penilaian pada masa dulu itu sahaja. Bila keputusan sudah dibuat memang ada kebarangkalian ada maklumat baru muncul di kemudian hari Termasuklah pemikiran yang lebih matang.

Dan dipertengahan jalan ada menampakkan hasil tidak diingini. Kemudian pemikiran diri yang sekarang ini buatkan kau mempertimbang keputusan yang dulu itu wajar atau tidak.
Apa yang kau putuskan pada masa itu adalah pilihan yang paling sesuai pada masa itu. Tiada kesalahan berlaku. Kita bukan tuhan yang boleh tahu masa depan kemudiannya bagaimana. Hindarkan penyesalan, dan tumpukan pada masa sekarang dimana kau berpijak. Terima sesuatu itu seadanya dan redha.

Sebab itu orang islam kena percaya akan konsep tawakal dan redha dengan ketetapan yang berlaku. Dalam masa sama cuba berusaha mengubahnya menjadi lebih baik. Dan bukan sekadar hantui diri dengan penyesalan.

Diri kita ini akan sentiasa berubah dari hari demi hari. Dari pengalaman sekeliling, dari hidup dalam masyarakat, dari ilmu pengetahuan. Boleh aku kata, Kau yang semalam adalah orang yang berbeza pada harini. Hanya semata hari ini kau tahu bagaimana sebuah microwave berfungsi. Kerana diri kau yang semalam adalah individu yang tidak tahu apa2 pasal microwave.

Dan mungkin di saat kau baca penulisan ini, akan berbeza!

Sekian dari Gempaksher!