Saturday, December 14, 2013

Sekampung, demi member

Tengah guling2 atas katil aku mengingat balik 2 orang kawan asasi aku yang juga orang sekampung. Seorang dah sambung UM. Seorang lagi dalam proses nak jadi cikgu. Yang jadi cikgu ni mengingatkan aku pasal crush dia masa di asasi. Haha padahal dah ada Awek. Masa sekolah orang panggil dia robot, sebab badan dia tak fleksibel, macam robot lah agaknya haha. Jatuh cinta ni kita tak boleh nak halang... Tapi bergantung bagaimana cara kita mengawalnya tindakan kita kemudiannya. Ini semua melibatkan proses kimia di dalam otak, biarkan. Tak dapat nak halang. Lelaki suka perempuan, perempuan suka lelaki. Sudah lumrah. 

Kitorang bertiga yang sekampung ni kadang2 jalan merayap sama2 outing. Biasalah ada tangkap2 gambar dan upload dlm laman sosial bila dah jejalan merata. 

Entah macam mana beberapa hari kemudian ada request dari kawan aku ni. Dia nak aku berkenalan dengan member awek dia. Err... Aku memang berat nak bagi no. Sebarangan kat orang. Tapi bila member aku tu kata minta tolong demi member. Sbb itu request dari girlprend dia... Aku pun belasah je la. Entah siapa yang nak berkenalan. Kurang nak ambil tahu masa tu sebab aku tahu, semua ini akan berakhir dgn pantas. Choiiiii....

Mula2 msg masuk inbox yg sampai daripada.... Entah. Aku dah lupa nama dia. Aku pun tak ingat aku msg apa. Hahah rasanya aku balas 2-3 message je kot. Member aku tu cuma minta nombor aku bagi pada org tak dikenali itu shj. Itu shj permintaan. Beres.

Aku akan agak... Perempuan tu akan bosan msg aku. Sebabnya aku malas taip msg dan tak pandai nak borak dgn msg2. Aku taip sms pun slowww.. Haha. Perbualan tamat selepas aku balas 2-3 msg. Success! 

Ini perkara biasa nak berkenalan msg2. Sejak2 zaman orang muda dah mula guna henset canggih. Tp bagi aku. Kurang menarik. Sebab ia melibatkan duit nak kena topup. Macam banyak beno duit aku nak topup memanjang. Yeahhh aku takda apa2 yang menarik masa zaman sekolah. Takda kisah cinta remaja. Semuanya dah berlalu. Kalau ada rasa minat kat mana2 perempuan. Cerita Itu simpan2 sendiri je lah buat masa ni. Nak suka lebih2 pun tak mampu lagi. Hanya tuhan yang tahu. WALAWEH! Konklusinya ringkas. Eh. 



Via mobile phone
Playing song : Warwick avenue - Duffy

Monday, December 9, 2013

Blogging guna mobile phone

Saje test blogging guna mobile apps 
Aku terjumpa app blogger dalam App Store. Nak taip guna phone ni kadang susah sikit kecualilah guna phone yang screen besar macam galaxy note atau seangkatan dengannya.

Kalau guna phone ni setakat update penulisam sikit2 boleh lah. Aku ni nak taip pakai phone mmg bersepah typo jadinya... Aku pulak jenis jrg nak taip2 msg kat henset, jd mmg tak biasa sangat lah... Ni gambar aku edit guna phone.. Kualiti gambar jadi mcm kureng sikit. Sekadar biasa2 boleh usha shj. Nak kata mudah update guna henset takde la sangat.. Kekurangannya aku tak boleh taip laju2 mcm keyboard laptop. Tapi sesuai lah untuk yang selalu update blog dimana-mana shj diorang ada. 

Baru2 ni aku ada buat akaun blog Dayre. 
Dayre ni fokus blogging guna henset... Jadi kalau nak post penulisan mmg kena guna henset, patah perkataan terhad 500 shj. Kemudian boleh komen dan like post orang lain. Dayre fokus untuk penulisan aktiviti harian... Apa2 post akan menunjukkan tarikh dan hari ke berapa tahun ini. Kalau harini Dayre akan letak tajuk hari yang ke 343. Esok hari ke 344. Lebih kurang begitulah... Kalau nak try korang kena upload dalam android atau iOS masing2. Untuk Dayre aku Dayre.me/asyrafikhwan. Opsss nama aku disitu... Bukan gempaksher.