Saturday, December 29, 2012

Semester

Bosan.

Semester kali ini . Shah Alam .

Sama seperti semester lepas . Dungun .

Tapi tak sama dengan

2 semester dahulunya. Puncak Alam .



Asasi Sains. 2010/2011



Saturday, December 22, 2012

Mimpi


Gadis suci

kutemui semalam dalam mimpi,
Di cuaca cerah
Di taman indah
Sinar mata seribu seri.

Tiada cela penuh cahaya
Dia datang
Dia memandang
Setangkai teratai senyum di kepala.

Lembut langkah berayun tenang,
Lambang kesucian
Penuh keagungan
"Gadis suci" ciptaan tuhan.

Tapi mimpi mainan khayal,
Tersedar sudah
Di pagi indah
Hilang mimpi penuh kesal.

Sampai kini terpeluk tanya,
'Benarkah dia
sungguh dia'
Antara hidup semua manusia?

Usman Awang(1950)


Sunday, December 2, 2012

Business Computing UiTM semester 3


course yang aku ambil pada semester 3. sebenarnya yg dibawah ini semua dipanggil course. dulu aku tak tahu pun, aku anggap course tu macam cth: Bachelors of chemical engineering, Bachelors of computer sciences... rupanya subjek2 yg kita ambil tu dipanggil course, dan 'kos' tu dipanggil Programme.

contoh macam aku sekarang ni.
Programme: Bachelors of Science Computer(Hons) Business Computing
course outline semester 3:

CSC570 ( XML PROGRAMMING )

ITM441 ( INFORMATION MANAGEMENT AND ORGANIZATIONAL BEHAVIOUR )

ITS410 ( FUNDAMENTALS OF INFOMATION SYSTEMS )

ITS450 ( INTRODUCTION TO E-BUSINESS )

ITS472 ( DATABASE MANAGEMENT SYSTEMS )

QMT437 ( OPERATIONAL RESEARCH )


dan ada dua lagi course, Presentation Skill dan National Kesatria.

dulu baru-baru masuk semester 1 baru lah aku tahu... Course dan Programme ada beza. :D

pada semester2 yang dah lepas aku ade amik C++ Programming, fundamentals of computer sciences, object oriented Java Programming, Data communication and networking, information system developement,, Interactive multimedia, economics, probability and statistics, operational research, logic and proving technique, principle & practice of management.
yang semester akan datang kemudianlah aku bagitau.


sape2 yang rase mcm menarik je tengok course aku ni boleh la try apply... belajar business dan computer... zaman sekarang ni perniagaan dah banyak menggunakan teknologi maklumat dan pengurusan maklumat untuk memudahkan perniagaan diorang. kalau korang ada minat dalam business memang satu kelebihan untuk korang... sebenarnya aku pun kurang minat dengan business, baru nak slow-slow.... insyaAllah akan datang minat tu. lulz~



~al-kisah~