Tuesday, March 29, 2011

Asasi Sains UiTM. Kampus Puncak Alam. bagi aku Best.



Aku baru je lepas habis Asasi Sains UiTM Puncak Alam sesi 2010/2011. Keputusan SPM aku biase je, bukan semua A. Bagi aku disebabkan Kemasukan Batch aku ni agak Banyak dalam 2000 orang. Jadi ramai student Lepasan SPM 2009 ade peluang nak masuk. Kalau nak dibandingkan dengan batch sebelumnye dalam 500 orang.

Tapi student Asasi Batch 2009/2010 tinggal kat Shah Alam. Batch aku lak tinggal Kat Kampus Puncak Alam.













Yang masuk Asasi ni semuanye Pandai-pandai kot. Sebab result SPM semuanye gempak.

Untuk Batch yang akan datang Sesi 2011/2012 Mungkin Tetap kat Kampus Puncak Alam.

UiTM kampus Puncak Alam ni kampus baru dan bakal jadi Kampus Induk UiTM menggantikan Shah Alam.

Mase aku Masuk Kampus Puncak Alam, belum lagi 100peratus dah siap. Cume 1 fasa je dah siap. Bakal siap dalam bertahun-tahun lagi. Kalo cakap Puncak Alam, UiTM Puncak Alam ni memang atas Puncak Bukit. Sangat cantik pemandangan kat sini. Sejauh mata memandang, korang boleh nampak Klang. Boleh nampak Shah Alam kot… sebab ade satu hari aku nampak macam ade 4 menara masjid Shah Alam dari Puncak Alam.

Yang pastinye, korang boleh nampak Genting Highland.

Keselesaan. Aku suke Bilik aku mase Asasi. Orang cakap rumah macam Apartment. Dalam 1 rumah ade 4 bilik, 1 tandas. Dalam bilik dikongsi 2 orang. Cakap tentang Tandas, tak payah nak berebut lah.. bilik mandi ade 2. Kalo dah tak sabar sangat pegi je lah rumah sebelah.

Bilik Aku A2301B.
A2-menunjukkan Blok Angsana 2.
3-Maknanya Aras 3.
01 – rumah No.1
B- bilik B, bilik yang kedua.


Bilik ni agak selesa bagi aku.



Meja study pon cukup besar untuk barang aku berselerak.



kalau ade masa lapang, tengok movie kat Laptop.

Selama tinggal kat Bilik tu, bagi aku selesa. tilam pun sedap… nak online internet pun senang pakai LAN cable. Ade port LAN kat tepi meja.

Bagi aku tempat Blaja Asasi sains UiTM sangat selesa. Kalau nak dibandingkan dengan kalo aku masuk Matrikulasi. Aku tak biase masuk Matrik. Tapi aku rase Tempat aku lagi selesa.

Cara Belajar lebih kurang macam ala Universiti, Bukan lagi macam sekolah Asrama atau sekolah menengah dulu.

Mase Pendaftran aku dulu. Memang sesak sangat-sangat. Asasi Sains + Asasi kejuruteraan datang pada hari yang sama. Total semuanya nak dekat 3000 orang ,ditambah lagi dengan ibu-bapa yang datang.

Hari Ahad, pendaftaran kolej sangat letih, kalo datang lambat… parking kereta kat kawasan Fakulti, lepas tu kene naik Bas yang sesak dengan orang ke kolej kediaman. Banyak Ibu bapa yang tak puas hati mase tu. Tapi biasela orang cakap, ini lah julungkali Kampus Puncak Alam ambil student yang ramai macam tu. Memang tak terkawal…

Aku terpaksa naik Bas sorang2 tinggal barang aku ngan parent aku kat fakulti. Sebab terlampau sesak dengan orang yang nak naik Bas. Aku pegi daftar dulu kat Kolej Kediaman.



mase ni ade FiFa 2010, ramai orang tengok TV kat Raflesia
Dah habis daftar, masuk bilik. Mulalah hari yang membosankan selama 4 hari, minggu destini siswa.


Abang2 PM (pembantu mahasiswa) la yang tolong mase minggu Destini Siswa. Ajar macam mane nak Isi Borang pendaftaran masuk Fakulti. Lepas dah daftar, kene tunggu Kad Matrik siap. Lepas Kad Matrik Dah Siap… secara Rasminye digelar Pelajar UiTM. Asasi sains.





Ni tangga yang hari2 aku lalu




Ni semua classmate aku, baru habis lecture.

Kalo nak ke lecture atau kelas. Kene la lalu ikut tangga batu cave Puncak Alam. Ade macam-macam gelaran, termasuklah tangga Maut.

Tangga tu memang meletihkan! ade dalam 2+ + anak tangga. Kalau tak silap dalam 214 anak tangga kot. Kalo rase ade banyak duit singgit, boleh la naik Bas balik ke bilik. Xpayah la lalu ikut tangga. Mahal la naik Bas..!




dewan lecture, 200 seat


Lecture


Kelas Tutorial



Makmal Biologi, Physics, Chemistry. Group A5


Selalunye kalo nak pegi kelas tutorial, berjalan kaki dalam 15 minit.

Jadual Kelas takde la padat sangat sampai ke petang. Ikut jadual, kadang2 ade ruang masa antara kelas. Jadi dalam antara ruang masa tu, boleh la balik ke bilik tido kejap. Aku dulu dorang susun Group Ikut Nama. Nama aku Asyraf, jadi aku dalam Group A5. Semua dalam group aku nama dorang mula dengan huruf A.



cycling




tunggu Bas, Shah Alam balik Ke Puncak Alam

Hari Sabtu, Ahad. Mase mula-mula asasi memang rase tak sabar2 nak keluar outing. Tapi bila dah masuk sem2 aku macam dah malas sket nak outing.

Kalau tak pegi ke mane Waktu pagi atau petang boleh la riadah di sekitar kampus. Ramai orang yang jogging. Dan yang terbaru mase sem2, boleh naik basikal kat Kampus. Basikal tu pinjam. Siap bagi helmet lagi. Keselamatan la kot…


Rumah aku, A2301



Banyak Kenangan mase kat Asasi ni. Yang aku paling ingat sekali mase dengan housemate dan classmate aku. Belajar santai kadang2…

Tapi tak boleh la santai sangat, focus study gak. Jangan result teruk, nanti menyesal lak.

Aku rase, aku takkan dapat suasana Macam Asasi lagi walaupun aku dah sambung degree.

Kalo korang tanye aku. Aku cakap Best..!

Aku tak pernah lagi rase tinggal kat Asrama. Jadi Asasi Sains ni kali pertama aku tinggal dengan kawan2. Housemate,roomate, classmate.


Aku, pemandangan matahari terbenam dari tingkat 9





~al-Kisah~

Tuesday, March 15, 2011

cerita dalam Tv tu pelik.. mungkin komedi kot..

selama aku tinggal kat Puncak Alam ni, memang dah lame tak tengok TV.
sebabnye memang aku malas nak pegi bilik TV. 
selalunye bilik TV orang tengok perlawanan bola je.

mase exam week ni la pulak aku demam... 
pukul 10pagi aku pegi ke Pusat Kesihatan Puncak Alam. 
keistimewaan tempat ni, dapat ubat free.
aku tak pernah lagi pegi Pusat Kesihatan, jadi agak kekok mase datang.
dapat 4jenis ubat. antibiotic, paracetamol, ubat batuk, vitamin c.


lepas dah daftar kat kaunter kesihatan, aku duduk sementara nak tunggu giliran.
dalam tu dorang bukak saluran TV9. aku ni dah lame tak tengok TV, jadi memang layan la tengok.
tapi yang malangnye, pukul 10a.m sampai la 11a.m cerita indo la pulak. hadoi...
sedih tol aku, kenape ade crite macam ni pukul 10pagi..! 


aku tengok Iklan rancangan Tv9 ade macam racangan baru.
termasuk la 'Nana Narita'..!?
aku dah pelik... crite ape nieh? kenape pelik semacam..
seorang perempuan jadi Naruto? pelik lah...
lagipun cerita Naruto kalo dalam animasi lagi best..!
mungkin tu cerita unsur Komedi kot. ade lawak-lawak sikit ke.. ye dak.?






aku balik rumah minggu depan. Last paper, Physics. 
hari Ahad tamatlah sudah program Asasi Sains.
balik rumah nanti baru bleh tengok Tv puas-puas..!
Bulan 9 baru aku sambung belajar. memang lame aku bercuti. 
yang pastinye, cuti aku akan jadi membosankan kalau lame sangat.




Sunday, March 13, 2011

perempuan meminang lelaki.

gambar ni aku dapat dari kawan.
komen mengenai cara berpakaian sesetengah muslimah.
aku xde ape2 nak komen kot, gambar ni dah cukup.


secara jujurnya. ade sesetengah lelaki suka tengok perempuan yang 'Hot'.
tapi bagi aku tidak. perempuan yang 'Hot' tu dah dedahkan segala rahsia diri-sendiri.
bentuk tubuh badan, warna kulit, dan rambutnye.
semua tu adalah anugerah Allah yang perlu dipelihara oleh kaum wanita.
memanglah ade sesetengah org ckp cantik, tapi tak nampak manis dipandang.

sesetengah orang ade 'taste' masing2 memilih pasangan.
kalaulah dapat suami yang dapat ubah seseorang perempuan tu ke arah lebih baik, tu sangat bagus.
Allhamdulillah...
tapi kalau suami pun 2x5 jugak. suke tengok isteri dye pakaian 'Hot' kat luar. dosa-dosa isteri dye tu, si suamilah yang tangggung sama-sama. 

kalau aku tengok wanita yang menutup aurat, umpama dye telah menjaga maruah diri sendiri.
kalau korang tengok duit syilling zaman rom dulu. 
hampir semuanya menunjukkan hubungan sex antara lelaki dan perempuan. 
adakah wanita zaman Rom dulu merupakan simbol sex kepada lelaki? 
dimana maruah wanita zaman rom? 
aku takleh nak share gambar duit syiling tu, sebab agak menonjol sangat gambar tu.

macam aku dengar ceramah dulu. wanita-wanita zaman yunani, rom, nilai maruah mereka rendah. 
mereka boleh dipergunakan sebagai pengganti kepada lelaki yang akan dikenakan hukuman. mugkin pengganti kepada suami atau ayahnya? ade banyak lagi penceramah tu huraikan mengenai, 'kenapa wanita perlu menutup aurat'. 
jawapan yg diberikan sangat menyakinkan org yg mendengar. Alhamdulillah.

Bagi pendapat sendiri. aku lagi tertarik tengok wanita yang berjubah dan bertudung labuh. cara pakaian yg sgt manis .
dan satu lagi. bagi kaum wanita, "sunat dan galakkan kepada wanita muslimah bagi menawarkan diri mereka kepada lelaki yang soleh dan beragama jika benar lelaki tersebut dilihat dapat membimbing diri mereka dan memandu mereka ke jalan yang benar." 

Bagi korang yang rase malu dan segan menawarkan diri secara berdepan dgn lelaki, korang boleh menggunakan bahasa lapik atau perumpamaan, sindiran, kiasan atau mengunakan orang tengah dan perantara sebagai menyampai pesanan dan hasrat.
lelaki meminang perempuan tu adat. tak salah jika wanita ingin meminang seorang lelaki demi masa depan dirinya sendiri. perigi cari timba tak salah lah..

"Berkata Ibn Hisyam ra dalam mengisahkan teladan Khadijah ra dalam menawarkan dirinya kepada rasulullah dengan mengutuskan perantara (orang tengah) bagi menyampaikan hajatnya kepada rasulullah dengan menyampaikan pesanan khadijah ra : “Wahai anak saudara pak cikku, sesungguhnya aku telah tertarik kepadamu dalam kekeluargaanmu dan sikap amanahmu dan kebaikan akhlakmu dan benarnya kata-katamu….” (lihat Sirah Nabawiyah oleh Muhammad Abd Malik Ibn Hisyam m/s 122 Jilid 1)"


InsyaAllah

~al-kisah~


'Nevermind'~ perkataan ni.... hmm...

When people are about to tell you something. But then say "Never mind".
...............

Saturday, March 12, 2011

Pagi 10 Mac 2011.

hari first Exam ade pemandangan cantik.
cuaca pagi yang sgt cerah. alhamdulillah... :D
sambil2 tgh nak bersiap minum kopi panas, aku pandang ke luar tingkap.
masyaAllah... cantiknye langit.
warne yg gempak terang. umpama macam langit tgh terbakar.


~pagi 10 mac 2011,bermulalah Final Exam Asasi~

Monday, March 7, 2011

Semakin hampir ke penghujungnya.

Tinggal beberapa hari lagi untuk aku akan tinggalkan Asasi sains.

lepas habis Final Exam. kami kena kosongkan bilik. 


dah setahun aku tinggal dalam bilik sama. dan pada mulanya sem1 aku ade roomate. 
sem2 pulak dia dah pindah ke Kolej Sime Darby.  
sebelum ni tak pernah tinggal Hostel. jadi Ariff la roomate yang mula-mula sekali aku pernah ade. 
Fahmi Ca, Noor Haziq, Ijan(syamsul rizan), Azwan dan Ise(farisan) dorang semua ni housemate aku.
pengalaman pertama ade roommate dan housemate.

dan sekarang sem2 aku tinggal sorang2 dalam bilik. 
bilik B sekarang jadi milik aku.. haha... 
2 katil single gabung jadi 1. 
meja study ade dua, satu untuk letak laptop, satu lagi meja nak study.
hmm… aku masih ingat lagi Ariff. Bagus jugak kalo dia ade lagi kat UiTM ni jadi roommate aku.

aku akan ingat kenangan Asasi Sains, kawan-kawan UiTM Puncak Alam dan pengalaman aku kt Universiti ni.

Tidak lah selalunya gembira, tak juga selalunya sedih dan kecewa.

iNi semua asam garam kehidupan.
Pengalaman yang dewasakan diri, mematangkan diri.

aku berkenalan dengan ramai orang yang datang dari serata negeri. bermacam loghat daerah, ragam, dan personaliti. 
ade gak stail orang yang aku baru pernah jumpe. 
ade gak yang sosial, pemalu, merendah diri, sensitif, dan suke bergosip.... 
ade stail playboy and playgirl. -_-".. insyaAllah xde org yg mcm tu...

Dari Tadika ke sekolah rendah, kemudian ke sekolah menengah. Akhirnya ke Universiti. Semua ni proses mematang diri untuk menjadi manusia yang lebih baik.
Banyak lagi yang aku akan lalui…
zaman berkerja, berkahwinan dan usia tua kelak.


sekarang ni aku sibuk study. Final Exam tinggal beberapa hari lagi.
semua ni demi masa depan aku. 
jadi aku kena mencorakkan masa depan aku dari awal... InsyaAllah.
kita merancang, Allah yang menentukan.

~Bermula dengan baik dan akhirilah dengan baik~



Sunday, March 6, 2011